Menjadi trend di malaysia sekarang ini.
banyak acara larian menguji tahap kemampuan badan kita telah muncul.
Jadi,
Di sini aku ingin kongsi sedikit apa yang aku tahu.
berdasarkan pengalaman aku.
ramai yang kurang berminat dengan acara loop,laps..
ringkasnya lari ulang tempat yang sama.
TEKANAN & BOLEH MENTAL katanya.
anda berminat? ingin mencuba?
disini aku ingin cerita sedikit tips.
1- JAGA PERMAKANAN
Kurangkan makanan pedas & berminyak.
banyakkan minum air.
2- KURANGKAN JARAK LATIHAN
Jangan terlalu ghairah untuk training apabila tarikh perlumbaan semakin tiba.
Rehat secukupnya tapi jangan tak training langsung.
3- REHATKAN MINDA
Buatlah sesuatu yang dapat tenangkan minda kita.
Jangan pikir sangat apa yang akan jadi pada hari perlumbaan.
1- JANGAN LUPA BARANG YANG PATOT BAWA
mandatory item
kasut spare
pakaian untuk tukar
stoking untuk elak blister( bila stoking lembab perlu tukar)
makanan tambahan( jika perlu)
botol untuk letak di check point ( senang untuk kita nak guna)
2- LARIAN LOOPS
cadangan saya larian perlu ada planning.
- contoh(kiraan purata)
loops 1-2 KM = 6km/h
12H = 72km
24H* = 120km
* Total masa untuk kita rehat
Loops 3-4 KM = 1loops/30-45min
12H = 24 loops x 3km = 72km
12H = 18 loops x 4km = 72km
* 24H = tambah setiap loops 10-15min
*- ambil masa untuk rehat diantara check point.
Loops 5-5.5 KM = 1 loops / 45 - 1h
12H = 16 x 5km = 80km( 45min/ loops)
= 14 x 5.5km = 77km(55min/loops)
* 24H = tambah setiap loops 10-15min
*- ambil masa untuk rehat diantara check point.
*untuk 24H race..perlu rehat
ambillah masa untuk rehat,mandi,makan serta duduk seketika.
Sekadar berkongsi formula untuk meneruskan minat kita bersama..
#formula ini bukan untuk podium runner.
Kalau nak podium sila rujuk pada elit runner.
kalau dapat podium tu rezeki la..
#cuba praktik kan jalan laju. Tak rugi berjalan kaki ni
sama-samalah kita belajar.
jangan lupa.
rehat serta makan on ultra running adalah penting.
jangan takut untuk mencuba.
Larian loops amat mudah untuk dicuba.
Kepada yang berminat untuk memasuki ultra race.
Sila cuba dan uji tahap kemampuan badan kita di loops endurance race.
sekian terima kasih .