percutian apakah ini?

PADA OGOS YANG LALU...

Tanggal 26/08/2016

aku menuju ke pahang.

satu matlamat.


aku menuju ke suatu tempat bernama FRASER HILL.

Tiba disana dengan selamatnya .

"KAMI" check in bilik disana.

sambil2 melihat keindahan ...

cuaca amat sejuk.. bilik pun tiada penghawa dingin mahupun kipas.


PADA 27/08/2016 0700H

Aku menuju ke starting line acara "fraser 70" anjuran endurance nature sdn. bhd.



Disini aku dapat berjumpa dengan ramai kenalan serta rakan2 runner di malaysia.

peserta dilepaskan..

kami semua melalui laluan sekitar fraser hill... uphill pada mulanya... aku bersantai saja... disini aku bertemankan beberapa kawan ...

tiba di persimpangan fraser hill..

bermula downhill menuju ke kuala kubu bahru...

aku keseorangan...hmmmm.

layan kan route dengan berhati2.. jaga lutut serta kaki...

aku kena sampai CP U-TURN sebelum 1145H..(4h 45m)

sebelum tiba di di U-TURN aku berjumpa dengan abg Melan... aku berlari bersama beliau menuju ke CP....

alhamdulillah. tiba di 36.5km (4h 25m)..


Disini kami makan nasi lemak.. serta rehat sebentar ambil tenaga...

U-TURN KE CP5(42.2KM)

BERSAMA abg Melan.. kami berlari uphill untuk menuju ke CP5...

jarak untuk full marathon...kena sampai COT (6H)

Langkah yang sama. bercampur lari dan jalan...

sambil berborak untuk hilangkan tekanan.. cuaca agak panas...

berkat kesabaran kami tiba di CP.. (5H 35M)..


CP5 ke CP6( COT 7H 15M)

KE CP seterusnya aku keseorangan kembali...aku perlu tabah serta kuatkan mental dan fizikal.

ada juga sokongan dari rakan2 yang melalui kawasan itu..

kaki mula buat hal... sedikit sakit..

aku siram air ditempat yang sakit... basahkan badan untuk segarkan kembali diriku ini..

nasib aku bawa botol air...

alhamdulillah selamat tiba sebelum COT.


CP6-CP7(COT 8H 30M)

taktikal yang sama..

aku cuma tambah sedikit kelajuan..

basic racewalker aku tambahkan...

aku tiba di CP7 dengan selamat sambil diberi sorakan oleh volunteer dari globelink...


ke FINISHING LINE... 

laluan agak curam...

kesabaran amat diperlukan..

kekuatan kaki juga perlu..

jalan kaki lebih baik... elak dari lutut aku sakit....


akhirnya aku berjaya tamatkan perlumbaan dengan masa 10H 12M 02S 70KM ROAD DI FRASER 70.




setelah tamat perlumbaan "kami" terus bertolak ke satu tempat menarik di pahang...


Tiba di suatu tempat, pekan yang sunyi, deretan rumah kedai, kelihatan pokok besar di tengah pekan....


yang pastinya aku sudah sampai...

aku perlu rehat...

sempat berjumpa dengan brader khairul hanif...

ambil kunci bilik.. berborak serta tidur dengan tenang...


PAGI 28/08/2016..

SEKALI lagi aku menuju ke garisan permulaan..

kali ini lain route dia... trail temanya...

KING OF SG LEMBING nama diberi..

anjuran TEAM PACAT..

#COMEBACK STRONGER

Acara bermula.peserta dilepaskan mengikut kategori..

disini aku banyak berjalan...

bukan tak lari...hehehehe...

niat tamatkan perlumbaan dengan selamat.


laluan trail.. berbatu.. ada sungai... laluan 4wD... sedikit licin...

pemandangan amat indah... sunyi...

aku perlu sampai ke CP sebelum COT...

Disini aku ditemani oleh brader yang dikenali sebagai "whiteMan" dan aunty bernardine..

selamat tiba di CP walaupun aku rasa sedikit kerisauan pada mulanya....


CP COT- FINISHING LINE...

aku mengorak langkah bersama whiteman... laluan mulanya berbatu...

seterusnya jalan tar yang ada naik dan turun....

 melalui kawasan perkampungan orang asli... suasana sunyi serta bersih...

di sini aku jumpa rakan runner... stafiq n jsLiew... kami berempat saling 'pacing antara satu sama lain'....

kami masih bersama... 

sambil kongsi pendapat, idea serta ilmu....

kami melalui laluan utama ke sg lembing... jalan ke bukit panorama..(tak naik tangga sebab hujan)...

laluan sekitar chalet....

berkat kesabaran kami... 

akhirnya kami tiba ke garisan penamat dalam cuaca hujan...

selepas berlari 50KM di king of sg lembing....



KESIMPULANNYA

- DAPAT KENALAN BARU BILA SELALU BERBORAK DI EVENT

-BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT

-BELAJAR UNTUK BERLARI MULTI STAGE

- INGIN UJI TAHAP KEMAMPUAN BADAN DIRIKU

-DAPAT BERCUTI 2 TEMPAT DALAM MASA YANG SINGKAT

-PERLU JAGA PEMAKANAN SEPANJANG ACARA BERLANSUNG

-REHAT SECUKUPNYA

-TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU,BERI SEMANGAT SERTA TERIMA KEPADA SEMUA LAH YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG..

-TERIMA KASIH KEPADA MY FAMILY.


YG BENAR,

@RAMBOultraMalaysia