CULTRA2016

CAMERON ULTRA TRAIL

flagoff

padang awam , tanah rata

0400H 8/10/2016

AKU BERMULA DENGAN KEAZAMAN UNTUK TAMAT DALAM MASA YANG DITETAPKAN (COT 32 H)


permulaan yang baik. aku berlari sedikit saja. berjalan kaki menaiki laluan yang licin kerana baru lepas hujan.

jadi aku buat keputusan bila uphill je aku berjalan kaki.

masa ni, aku lalui laluan menuju ke mount Jasar.


sekitar 0630H

setelah menaiki mount jasar, aku bersama peserta yang lain .. menuju ke kawasan Sg Pauh Campsite.

melalui jalan tangga yang licin, berlumut.

safety 1st bagi aku.

dengan langkah berhati hati serta perlahan.selamat tiba di CP pada 0648H(12.98km)


0700H

laluan menuju ke Mount Berembun pula. kesabaran amat diperlukan. kekuatan mental & fizikal aku di uji ketika ini.

#sesat (salah aku tak tengok penanda betul2 ketika ini) 2x kali aku tiba di CP2.

kali ini aku lebih berhati2.

laluan agak curam( serius tau aku jalan ja untuk menuju ke puncak).

berkat usaha serta semangat dari rakan2,Alhamdulillah aku berjaya tiba di Mount Berembun pada 0850H(16.03km). Cuaca sejuk & nyaman.

#KALI PERTAMA AKU SAMPAI KE PUNCAK MOUNT BEREMBUN DALAM SEJARAH HIDUP AKU.


SEKITAR 0900H

Downhill menuju ke CP ROBINSON FALLS.

dengan langkah berhati2 + perlahan aku dan rakan2 ke cp ..

kedengaran air terjun. makin dekat rasanya. laluan beralaskan akar2 pokok yang dilitupi daun2. amat lembut dipijak.

bukan senang nak dapat laluan macam ni..

alhamdulillah tiba di Cp pada jam 0950H


sekitar 0955H

setelah minum & makan sedikit. aku dan rakan menuju ke cp BOH GUARD HOUSE.

Laluan jalan tar "uphill".

selang seli lari-jalan- lari.

sambil menikmati keindahan kawasan sekeliling.tanpa memikirkan penat.

selamat tiba di CP pada 1110H(24.14km)

sekitar 1115H

Cp seterusnya BOH CAFE . tempat yang selalunya orang ramai pergi apabila bercuti ke cameron highland.

laluan untuk ke boh cafe ni, kami mesti melalui sekitar ladang teh yang bertingkat tingkat.

larian perlahan sambil melihat betapa luasnya ladang teh di sini.

pemandangan yang amat menakjubkan.

tiba di CP PADA 1208H(29.61km)


sekitar 1210H 


masih laluan ladang teh.

menarik. 

kalau saja2 nak datang sini bukan boleh.

bersyukur sangat sebab boleh masuk kawasan ni.

satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

laluan uphill serta downhill.

selisih pula dengan runner2 yang laju 100km,50km....

kembali bersemangat.

selamat tiba di CP FAIRLIE QUARTERS pada 1312H(36.97km)

SEKITAR 1315H 


larian masih sekitar ladang teh.

bukan senang nak lari kawasan ladang teh yang berteres ni.

cuaca panas bercampur angin nyaman.

beri aku sedikit kekuatan untuk teruskan langkah menuju ke U-TURN KG PANGGEN.

laluan ada jalan tar, naik-turun ladang teh..perkampungan ..

ditemani beberapa orang rakan.

sambil berlari kami berborak..

setelah hampir 12H on route kami selamat tiba di CP U-TURN KG PANGGEN pada 1558H(51.06km)

DISINI KAMI BEREHAT,TUKAR PAKAIAN,MAKAN, MINUM,

REHAT LAMA SIKIT SEBAB KAMI MASIH ADA SEPARUH JALAN LAGI.

HARUS BERSABAR, REHAT SECUKUPNYA.


SETELAH BEREHAT 

KAMI kembali ke route untuk menuju ke starting line. berjalan serta berlari.

badan berasa segar selepas berehat tadi.

seperti tadi.. jika tadi turun.. sekarang naik la... dan sebaliknya.

tabah mengharungi laluan.

cuaca hampir malam.

masih belum tiba di cp fairlie quarters.

dengan langkah perlahan akhirnya tiba juga pada 2000H.

disini aku dan rakan2 rehat sebentar menikmati maggi cup.

betapa nikmatnya makanan panas ketika ini.


sekitar 2020H 

melalui laluan ladang teh pada waktu malam pula .

sunyi,gelap serta nyaman.

ditemani beberapa rakan.

pemandangan lampu2 bangunan kelihatan.

pengalaman tak dapat dilupakan..

siang malam di ladang teh.

selamat tiba di cp BOH CAFE 2200H.(72.50km)


sekitar 2200H. 

masih di hari yang sama. 18 H ON ROUTE.

Aku dan rakan2 kini menuju ke boh guard .

tadi sempat minum sedikit air panas di CP.

Kami bergerak dalam kumpulan kerana waktu sudah malam.

lagipun untuk moral support kerana masing2 dah keletihan.

berkat usaha serta semangat antara kami..

alhamdulillah selamat tiba di CP pada 2320H.

disini aku singgah sebentar makan sedikit nasi goreng dan minum air kopi O PANAS.


Sekitar 2345H 

berkumpul. kami buat group.

9 orang group kami.

kami nak menuju ke laluan trail.

apa yang penting adalah keselamatan kami bersama.penglihatan waktu malam ada kurang jelas.. alhamdulillah kami selamat tiba ke CP ROBINSON FALLS pada 0146H.

rehat sebentar.


sekitar 0210H(9/10/2016)

setelah berehat sebentar tadi.

kami bergerak menuju ke puncak MOUNT BEREMBUN .

cuaca awal pagi.

setelah hampir 22H kami di route.

tak tidur(tidur2 ayam ada lah)

aku berjalan pun mau terbalik dah..hahahahha.

sambil mendaki sambil tidur di celah-celah pokok.

jalan dengan penuh hati2.

tiba di puncak pada 0413H.

#cuaca sejuk sangat.

pengalaman aku. naik 2 kali puncak mount berembun dalam masa 24h. 

SEKITAR 0415H  

Downhill serta ada uphill. 

untuk menuju ke CP SG PAUH CAMPSITE.

Laluan trail serta cuaca masih sejuk n nyaman.

lampu kepala perlu terang..cuaca berkabus.

aku pakai jaket ketika ini..

maklumlah aku tak tahan sejuk badan pula kurus yang teramat sangat.

selamat tiba di CP Pada 0608H.

#disini kami semua berehat sebentar sambil menikmati maggi cup sekali lagi.


sekitar 0645H 

setelah berehat.

aku bersama beberapa orang rakan bergerak menuju ke cp villa dahlia.

cuaca hampir cerah..

masa hampir suntuk.

kami mesti sampai ke penamat dalam masa yang ditetapkan.

#kalau tak rehat pun badan mesti letih.

kami terpaksa push to limit.

alhamdulillah selamat tiba di CP terakhir pada 0836H.


sekitar0845H


laluan ke garisan penamat.

aku perlu memerah keringat untuk tamatkan perlumbaan ini.

aku dan rakan2 mahukan kejayaan.

melalui laluan uphill ke mount Jasar sekali lagi.

sabar,usaha,tabah.....

setelah melalui trail yang terakhir...

tiba di laluan jalan tar untuk menuju ke garisan penamat.

dengan langkah yang agak laju....

ALHAMDULILLAH

BERJAYA TAMATKAN PERLUMBAAN CAMERON ULTRA TRAIL 2016

100KM DALAM MASA 30H 16M 07S.


KESIMPULAN

-AMAT SESUAI UNTUK PENGEMAR KEINDAHAN ALAM.

-BUKAN SENANG NAK MELAWAT LADANG2 TEH SEKITAR SANA.

-KERJASAMA ANTARA PESERTA AMAT DIPERLUKAN

-PERSEDIAAN AWAL AMAT DITITIKBERATKAN

-PENGANJUR SERTA VOLUNTEER AMAT MESRA SERTA TERBAIK.

"TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN DISEBALIK TABIR".



INGATLAH... KEGAGALAN AKAN BERGANTI DENGAN KEJAYAAN.

BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.

#ramboultra #keepSmile #alwayspositive #janganInsaf


BEST REGARDS,

@RAMBOULTRAmalaysia.

https://www.facebook.com/RamboUltraMalaysia/