TAKUT NAK JOIN ULTRA MARATHON?


sama macam aku dulu jugak..

takut takut takut..




sebab tak da pengalaman..

tapi di sini aku nak cerita sikit la...

tak salah kalau kita nak mencuba.

jangan takut untuk mencuba.

di malaysia banyak acara ultra marathon sekarang.

di sini lah peluang untuk kita semua cuba.


kisah aku

kali pertama aku mencuba acara ultra ni...

anjuran TEAM PACAT..

PUTRAJAYA 50K permulaan dengar pun takut..

tapi aku berani kan diri untuk masuk..

sebab masa tu konsep dia ala-ala LSD

masa tu aku hanya berbekalkan pengalaman half marathon , 12h walk kat putrajaya & 1 fm apbim

dengan kerjasama dari pelbagai pihak..

alhamdulillah aku boleh juga lari walaupun masa tu cuaca panas..


masa tu aku hanya diberi finisher item ORIGAMI BERBENTUK BAJU

aku tak kisah la semua tu..

aku nak kan pengalaman..


selepas beberapa minggu tamat putrajaya 50k..

pada disember 2013..

aku beranikan diri sekali lagi...


join TOUR DE MALAYSIA RUN .

2 sector in 2 day..


1st day aku lari sg.petani,kedah ke alor setar 46km

2nd day sg.tiang ke sik 50km


alhamdulillah kedua2nya selamat n berjaya walaupun sedikit lambat...


hadiah buat aku masa ini...

walaupun penganjur dah bagitahu awal..

no finisher medal..no finisher T

tapi aku tetap nak masuk..

pengalaman yang aku nak.


2014

Aku masih berlari dekat event..

still dengan larian half or below la...

hujung tahun

aku cuba FM ke 2 di penang bridge international marathon.

tahun yang sama aku join juga 12h walk tu kat seremban pula


alhamdulillah ..

kedua2 event aku berjaya

pada hujung tahun 2014..

sekali lagi aku beranikan diri untuk lari jarak melebihi 42km..


tapi kali ini aku join pula 

COAST TO COAST

benda yang sama macam tour de malaysia run..

no medal no finisher t..

just finisher item..

baju dapat sebab pihak organizer ENDURANCE NATURE dah bagitahu nak buat baju event.

jadi aku pun masuk jer...

lari 50km melalui jalan LOJING KE CAMERON HIGHLANDS

aku cuba dan teruskan lari hingga ke penamat...

alhamdulillah tamat dengan jayanya...



2015

untuk uji tahap endurance badan aku..

tahap ketahanan badan serta mental.

aku sertai satu acara 24HOURS ENDURANCE 2015 DI PETALING JAYA

pengalaman aku tak banyak lagi...

tapi aku nak cuba..

boleh kah aku...

masa ni aku tak da target apa2 ...

just nak cuba...

akhirnya segala susah payah..

penat..

sakit kaki..

rehat tak cukup..

aku berjaya tamatkan event 24h dengan jarak 119.6km


aku sendiri dah berjaya uji tahap kemampuan badan aku...



kesimpulan

janganlah takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

khusus nya disini ramai juga yang takut nak join ultra marathon di malaysia atas alasan tak da pengalaman.

 

aku cadangkan.

join event berkonsepkan loop/laps..

yang letak timing..

contoh event sekarang ni...

BACK 2 ENDURANCE 12H

24H ENDURANCE RUN

BUKIT CINTA ULTRA 12H

12H WALK 

WATERGATE 16H

UM 24

DLL/

bila join event yang macam ni.. kita dapat menguji tahap kemampuan badan kita sebelum kita join event yang meletakkan jarak within cutoff


AKHIR KATA.

MOHON MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP..

AKU DISINI MASIH BARU JUGA.

AKU MASIH BELAJAR DARI ANDA SEMUA.


SEMOGA MAJU JAYA.

KEEP RUNNING

STILL HAPPY

ENJOY OUR RUNNING

KEEP YOUR SMILE

ALWAYS POSITIVE