RAMBO CRAZY IN 15 DAYS



EVENT 1

14-15 MAY 2016

ERANZI MALAYSIA ECO 100

Disebabkan aku DNF 2015

misi kali ni aku nak cuba buat kali ke-2 .

aku pun daftar untuk masuk 100km kategori.

berbekalkan pengalaman yang sedikit. semangat jer lebih..

aku pun pergi ke sg.lembu bukit mertajam untuk sertai acara yang diiktiraf Asia Trail Master.

pada tengahari 14hb mei 2016,

aku tiba di sana..

buat sedikit persediaan barang2 terutama barang2 untuk drob beg...

apa yang perlu bawa dalam hydration beg..

buat checking mandatory item serta ambil racekit

sempat aku berborak serta beramah mesra bersama rakan2 pelari.


SUNGAI LEMBU(Start) to LUNAS(cp1) 9.9km

TEPAT JAM 1600H 14 MEI 2016

semua peserta 100km dilepaskan.

aku pun lari slow jer.

biasalah.. lama lagi nak lari..

cutOff 28 jam.

permulaan yang baik. aku berlari dengan santainya. melalui kawasan ladang kelapa sawit menuju ke CP1.

aku lari sambil mata tengok jam.

kejar cutoff la katakan. lalu tepi highway kulim.tengok kereta lalu lalang..hihi

dengan langkah perlahan aku tiba juga di CP1. SELAMAT

CP1 to "hidden landscape"(CP2) 10.3km

laluan permulaan jalan tar. ada juga kawasan berbatu. berbekalkan semangat, aku pun stop sekejap je kat CP1.

melalui kawasan kampung. kawasan sawit kembali. jalan licin juga sebab baru lepas hujan.

dalam fikiran apa itu hidden landscape?

aku tertanya tanya. sedikit tekanan juga. bila la nak sampai cP2 ni.


aku sabar. langkah seperti biasa lari serta jalan beberapa langkah. kiraan 10-15s

akhirnya tiba juga di CP2.

hidden landscape rupanya satu permandangan yang di viralkan sebelum ini.

CP2 to PUMP HOUSE(CP3) 9.6km

cuaca masih ok. aku banyak berjalan ketika ini. rehatkan badan aku tapi still on track. jalan berbatu dan ada juga sedikit tar.

Cuaca sudah gelap. pakai lampu. blinker.

kasut aku ketika ini masih ok. kasut lama la katakan. risau juga koyak. jalan berbatu so aku lari jalan. air masih cukup dalam simpanan. hihihi.

aku teruskan langkah.. belum sampai setengah lagi ni.. jauh lagi perjalanan aku.

akhirnya aku tiba juga di CP3 dalam masa yang ditetapkan.

kasut aku sedikit koyak. sabar jela.. CP5 JAUH LAGI.

CP3 to SULING HILL(CP4)13.3km

laluan agak mencabar. jalan berbatu. ada juga trail . naik bukit. jarak ke CP agak jauh . aku guna lampu kepala serta lampu tangan. baru jelas sikit pandangan

aku pun berlari dengan kesabaran. jarak yang gak jauh.. dalam fikiran bila la nak sampai CP ni.. cuaca masih ok. 

dengan langkah yang agak perlahan. laluan kelapa sawit begitu mencabar bila di waktu malam.

ada papan tanda tunjuk kata suling hill lagi 1km. tapi uphill la pulak.. laluan berkonkrit . keras serta mencabar la pulak. aku pun dengan langkah perlahan menuju keatas. 

akhirnya aku tiba di SULING HILL dengan selamat.. still in CutOff time.

makan sedikit di situ.

CP4 to NIRVANA(CP5) total 50.7km

seronok pada permulaan turun dari suling hill . betul2 down hill. best sangat. langkah aku gunakan laju tapi dalam masa yang sama jaga lutut serta kaki.

aku dapat call dari rakan Utara Runnaz.

"hang sampai mana dah" .

diorang saja nak jumpa aku kat Cp5.

aku pun dengan semangat. lari lebih sikit dari berjalan.

cuaca still ok tapi ada tanda2 nak hujan. laluan ada juga tar. trail serta uphill pada akhir sebelum cp. aku layan jer.

akhirnya aku tiba di CP5 NIRVANA setelah berlari 8jam 24min.( 12.24 am)

aku rehat. tukar kasut. makan. tukar pakaian. 

CP5 to tokun riverside(CP6) 58.1km

setelah aku tukar kasut.

tiba tiba hujan turun membasahi bumi.

aku terima seadanya. aku teruskan perjalanan dengan tabah. aku mahukan kejayaan. tak akan setelah 50% complete lagi 50% tak boleh kot.


melalui kawasan EMPANGAN .

GELAP,SERAM SERTA HUJAN .

SEJUK SERTA NYAMAN.

AKU SORANG2 JER NI.

nampak pulak "Lori HANTU"

positif bercampur negatif sekarang ni.

seterusnya menuju kawasan

laluan berbukit. 100% trail. ketinggian 428m.

aku redah dengan sabar. banyak berjalan kaki saja. keselamatan lebih penting.

lampu aku guna dua. kasi terang . biasa la dalam hutan.


dengan langkah perlahan akhirnya aku tiba juga di CP6 dengan selamat.

masih dalam cutoff time.

seperti biasa tambah air dan makan sedikit.

CP6 to BERAPIT(CP7) 68.5KM

uphill dan bertangga. 

ketinggian 719m.

layan dengan berjalan kaki.

aku bertemankan rakan2 peserta ketika ini. demi keselamatan bersama. banyak berjalan . biasalah jalan mesti licin sebab lepas hujan.

aku pun layan jer. sambil borak dengan rakan2.

bila ada rakan tak la bosan sangat.

aku cuma nak tamat.

jadi aku layankan jer laluan yang mencabar ni.


akhirnya aku tiba juga di CP7 .

SETELAH LALUAN YANG SANGAT MENCABAR.

CP7 to KAMPUNG BESAR(CP8) 75.3km

setelah main dengan ketinggian tadi..

kita turun menuju ke laluan berbatu. cuaca di awal pagi.. permandangan cantik. laluan seperti berpatah balik ke tokun hill.

lalu kawasan perkampungan yang agak mendatar. sempat recovery otot aku ni. jadi aku jalan serta berlari. laluan seperti huruf U.. HAHAHAHA. 

menuju ke tokun kembali.

akhirnya aku tiba di sebuah gelanggang basketball di kampung besar. minum serta tukar stokin yang ada didalam beg aku ni. sempat beramah mesra bersama peserta 50km

CP8 to TOKUN DAM(CP9)

sekali lagi menuju ke trail yang agak tinggi 552m.

memang aku banyak berjalan.

mungkin sebab aku kurang fit kot.

nasib aku dah cover masa bagi laju pada awal 50% tadi.

aku pon jalan. menuju ke tokun dam.

laluan banyak uphill. banyak pokok durian. permandangan yang sangat indah.. cuaca nyaman. 

trail dia memang susah.

sekejap naik.. sekejap turun. lepas tu naik balik.. aduh...

dengan berfikiran positif.

berazam untuk berjaya.. 


akhirnya aku tiba di CP 9 Dengan selamat.

aku makan sebentar. rehat. serta tukar stokin sekali lagi. kaki aku memang dah blister waktu ni.

time 20jam 36min.(82.9km)

12.34pm cutoff 1.15pm

CP9 to TOKUN HUT(CP10) 85.9KM

setelah turun dari tokun tadi.

sekarang ni naik ke tokun kembali.

laluan lain pula.

nasib dah cerah waktu ni.

lari sedikit. jalan banyak.

kaki aku masih ok. boleh teruskan perjalanan lagi.

laluan berteres konkrit.

aku berhati2.

masa ni aku pakai kasut biasa ja.


dengan langkah yang perlahan. 

akhirnya aku tiba di tokun Hut lagi 15min sebelum cutoff. ternyata aku banyak berjalan.. hehehhehe

CP10 to SERAYA TRIGONA(CP11)

uphill lagi..

laluan konkrit.

berteres.

ketinggian 605m

aku terpaksa gunakan tongkat sakti. (kutip kayu kat situ jer).

aku still banyak berjalan dari berlari.

banyak minum waktu ni.

cuaca agak panas.

laluan mesti melalui air terjun tok janggut. macam nak mandi ja tapi takut tak sempat. terserempak dengan geng penjejak gunung masa ni.

aku ingat aku sesat. tapi rasanya tak kot sebab aku ikut je marker yang ada..

aku melalui air terjun tok janggut.

nampak batu besar..

laluan naik.. kejap turun. lepas tu naik balik.

berkat kesabaran aku. aku tiba juga di CP 11 dengan selamat.

makan serta tambah air.. 

CP11 to FINISHING LINE 102.9KM

lagi 8.2km menuju ke penamat.

hampir ke malam.

dengar guruh serta kelihatan petir.

akhirnya hujan turun sekali lagi setelah 26jam aku berlari.

dalam fikiran sempat ka aku ni.

laluan seperti tadi juga. ada naik turun.

kawasan kebun getah.. seperti lari tempat yang sama.

aku redah laluan walaupun guruh serta kilat ada.

aku tiba di sebuah kawasan penternak ayam. jauh lagi ke ni..

rupanya dah dekat.

alhamdulillah .

akhirnya aku tiba di garisan penamat dalam masa 27jam 29min

selamat dengan jayanya.

PENAMAT DALAM KEADAAN HUJAN.

FINISH STRONG WALAUPUN BLISTER YANG TERUK LA JUGAK


KESIMPULANNYA

BIAR LAMBAT JANJI SELAMAT.

AKU BANYAK BERJALAN MASA PERLUMBAAN.

AKU NAK KEJAYAAN.

AKU CUMA TAK LAMA DI CHECK POINT.

AMBIL JUGA MASA UNTUK BEREHAT.

BILA PANAS AKU BASAHKAN KEPALA SERTA BADAN AKU.

KESABARAN SERTA JANGAN TERLALU NEGATIF.

AKU BUKAN SEORANG YANG HEBAT.

DISINI AKU HANYA KONGSI PENGALAMAN AKU SEWAKTU DI ERANZI MALAYSIA ECO 100

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU SEBELUM , SEMASA SERTA SELEPAS EVENT BERLANSUNG.



EVENT 2

KING OF KAMPUNG KEMENSAH

Selepas beberapa hari perlumbaan 100km trail di ERANZI MALAYSIA ECO 100.

Kini aku menuju ke kawasan ZOO NEGARA..

KAMPUNG KEMENSAH.

kali ini 50km trail pula.


aku ke sana bersama rakan runner suhaimi.

niat aku kali ni santai run.

tempat baru bagi aku.

50km ultra trail kedua selepas king of sg lembing.

cutoff yang diberi 11jam.

aku cuba.

flagoff 6.30 am

sempat aku beramah mesra rakan2 runner.

aku terjumpa abg ritchie. finisher 200km titi ultra marathon.

jadi kami bertiga berniat mula serta tamat bersama.


santai on running.

permulaan yang baik.

lari sedikit. bila ada uphill jer kami berjalan.

sampai di water station jer kami minum sedikit air.


blister kaki aku sebelum ni sebenarnya dah ok.

aku pun berlari dengan memakai kasut biasa saja tanpa stoking.

ini cara aku untuk hadapi trail yang banyak mengharungi sungai.

tapi stoking aku spare la dalam beg untuk sebarang kemungkinan berlaku.

On track

kami bertiga tetap lari bersama..

saling tukar menukar pacer.

kejap aku. kejap abg ritchie .. kejap abg mie pula.

downhill kami banyak berlari.

uphill kami memang kami jalan.

bila nampak  sungai ja kami mandi dulu..haahha.

badan yang panas kembali sejuk bila mandi sungai.


Tiba di bukit roket (dataran). scan timing.

minum sedikit.

teruskan larian bersama.

menuju ke lubuk tedung ..

kami still konsep yang sama..

bila sampai di u-turn kami di beri penanda kata kami sampai di situ.

ambil lolipop satu untuk makan..

hihihi

Menuju kembali ke bukit roket.

tiba sebelum cutoff.. 12.30(COT)

27km lebih kurang la..

selamat.

kami sekarang menuju ke arah lain pulak.

sg. pusu namanya.. kami pun berlari sedikit. banyak lari kali ni..

bila uphill terlalu tinggi kami jalan.

menuju ke u-turn ..

alhamdulillah kami selamat tiba di CP 36KM.

refill air. makan sedikit roti yang disediakan.

kemudian kami tambahkan sedikit kelajuan .. sikit demi sedikit.

hati2 bila jalan licin. 

menuju ke bukit roket.

dengan gaya kami..

kami berhenti sebentar di sungai..

mandi serta bergambar..

dengan cara kami sendiri..kami

selamat tiba di 41km dengan jayanya.

total 9km.

kami santai sebentar.

kami jalan pula. tapi bila di downhill kami lari.

tiba di check point kami minum.

menuju ke 3km terakhir. jalan tar..

kami mula menambah kelajuan.

aku cadangkan tamatkan perlumbaan sebelum 9jam.

itu yang aku pastikan.

aku mahukan penamat yang baik.

alhamdulillah. berkat kesabaran kami bertiga.

kami tiba di garisan penamat setelah 8jam55 min berlari.

finish strong.. not injuries.

KESIMPULAN

seronok juga lari bila ada partners ni.

dapat kongsi pendapat. strategi. gaya larian. berborak .. hilang tekanan.

tapi ingat jangan leka berborak sampai terlalu perlahan ..

event ada cutoff time memang bahaya. boleh menyebabkan DNF.

jadi bersamalah kita belajar macam mana nak lari event yang ada cutoff di check point.

terima kasih kepada semua yang terlibat.



EVENT 3

PERLIS MARATHON 2016

kali ini aku berani kan diri menyertai 42km.

cutoff time 6jam.

memang mencabar bagi aku.

sebab pengalaman aku tak banyak dalam full marathon.

aku ke perlis. aku gilakan diri juga untuk berlari.

padahal tak cukup rehat.

pergi awal untuk ambil racekit.

sambil berjalan2 di perlis.


FLAGOFF

bermula di stadium kangar.

dapat jumpa ramai rakan pelari dari seluruh pelusuk negara.


ramai muka muka hebat.

aku sebagai pelari yang biasa.

jadi aku pun mulakan larian dengan gaya dan cara aku.

larian menuju ke ARAU .


99.9% Mendatar laluan dia.

tiada bantuan downhill.

uji tahap kekuatan mental aku.

fizikal aku alhamdulillah ok .


water station memang terbaik la..

dekat2 ja. jenuh minum..

hahahha..

u-turn di Arau lebih kurang km 14-15 rasanya.. tak ingat la pulak.

suasana memang menarik.

ramai penduduk di situ memberi sokongan..

tiba di kawasan istana arau.

bergabung dengan peserta 21km.

tiba2... 

aku muntah ketika itu.

terpaksa stop sebentar.

minum air.. basuh kepala n badan.

kan aku dah kata.. keadaan badan aku tak berapa ok ketika ini.


tiba di bulatan yang penuh dengan cahaya lampu..

jalan ke stadium kangar..tapi kami ke arah lain.

hehehhe.. total jarak dalam berbelas km jer lagi... 

muntah kali ke 2..

owhhh tidak...

kuatkan mental aku waktu ni...

aku taknak dnf..

nasib ada rakan pelari..'melan bahari' teman aku sepanjang perjalanan..

dalam fikiran aku..

lari jauh boleh.. tak kan 42km tak boleh..

so aku set otak "just move on rambo"..


larian menuju area dewan 2020 kangar..

mini putrajaya..

dengar kata ada laksa di check point 30km..

aku tak makan.. sebab badan aku tak ok ni..

setelah itu.. aku bersama rakan aku ni.

teruskan langkah.

tambah sikit kelajuan masa ni.

takut tak sempat tiba.

rugi juga kalau lari melebihi cutoff ni.

aku kuatkan mental aku ni... 

lebihkan lari dari berjalan.

aku cuba..



setelah tiba di km 38km.

total 4km jer lagi.

aku mandikan badan aku.

otot kaki masih ok.

cuma keadaan badan kurang ok la.

segarkan badan.

layan jer langkah demi langkah.

tak sampai 1jam sebelum cutoff masa ni...

aku berlari..aku nak kejayaan.

kesakitan letak tepi sekejap.

larian dengan penuh keazaman.


akhirnya...

aku tiba dengan jayanya.

dengan masa di board. 5h55min.

alhamdulillah.

terima kasih kepada semua yang beri semangat serta sokongan sepanjang di perlis marathon. 

KESIMPULANNYA

janganlah jadi seperti saya.

gilakan lari sampai tahap macam ni..

tak sihat pun nak lari..

rehatkan badan anda semua.

hehhehehe..

jaga makan sama ya.

misi kali ni.. gilakan lari sebelum puasa menjelma..hihi



TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SENTIASA FOLLOW.

BERI SEMANGAT..

SOKONGAN..

PERTOLONGAN..

SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK.


TAK KIRA LAH WALAUPUN DI SEBALIK TABIR KE.. DEPAN TABIR KE..

TERIMA KASIH SEMUA.

#FAMILY

#RAKAN

#SAHABAT

#KENALAN

#RAKYAT KEDAH

#RAKYAT MALAYSIA

#MURA

#UTARA RUNNAZ

#RAKAN RUNNER

#MALAYSIA RUNNER

MEDAL UNTUK AKU KALI INI.

100KM TRAIL

50KM TRAIL

42KM FM